Perpaduan dalam PAS semakin goyah, Tuan Ibrahim lahirkan kebimbangan

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebimbangan mengenai suasana perpaduan di kalangan ahli dan pimpinan parti itu.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Menteri Alam Sekitar itu berkata terdapat kenyataan yang dibuat terhadap pimpinan PAS dilakukan tanpa adab dan hikmah.

“Aku ingin melahirkan kebimbanganku terhadap suasana ukhuwah dalam jamaah ini.

“Terkadang kenyataan kita kepada kepimpinan ini dibuat dengan tiada adab dan hikmah.

“Ukhuwah ini lahir dari hormat dan thiqah kita dan di waktu yang sama adalah akhlak kita,” katanya dalam satu coretan bermadah di Facebooknya.

Justeru Tuan Ibrahim mengingatkan agar pimpinan PAS dihormati, selain perbezaan pandangan dalam parti itu diraikan.

“Lantaran itu, belajarlah untuk menghormati orang lain atau pandangan yang berbeza dengan kita.

“Apa jua kedudukanmu kini bukanlah hasil kecerdikan atau kelebihanmu melainkan ia adalah usaha sahabat seperjuanganmu. Penat lelahmu, keringat dan air mata mereka adalah jalinan tali ukhuwah ini. Sayangilah sahabat seperjuanganmu dan jamaah ini.

“Bila air keruh, hentilah sementara untuk bagi masa air tenang dan jernih semula. Biarlah sekadar kocak-kocak air yang tidak mengeruhkan keadaan dan merosakkan ukhuwah jamaah.

“Kalau berlumba, wahai sahabatku, biarlah hanya ke arah menambahkan kebaikan dan saling memperkukuhkan jamaah,” katanya.

Tidak dapat dipastikan kepada siapa coretan itu tujukan.

Bagaimanapun kenyataan itu kebetulan dibuat ketika timbul spekulasi akan berlaku pertukaran menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Baru-baru ini seorang pembantu kepada Sanusi menyangkal dakwaan bahawa menteri besar Kedah itu bakal digantikan seorang lagi “orang kuat” PAS disebabkan kegagalan menangani isu banjir di Baling.

Ini selepas timbul desas-desus bahawa Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan akan mengambil alih tugas Sanusi sebagai menteri besar.

Untuk rekod, Tuan Ibrahim baru-baru tidak menolak kemungkinan kolam takungan yang dibina berdekatan puncak Gunung Inas menjadi punca kepada kejadian banjir dan kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini.

Tuan Ibrahim berkata, ia merupakan antara beberapa punca yang dikesan hasil kajian awal yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut.

Kenyataan itu dilihat cuba dipersoalkan oleh Sanusi yang memaklumkan tidak menemui atau melihat mana-mana kolam yang pecah ketika tinjauan udara dilakukannya beberapa hari selepas kejadian.

Bagaimanapun, Sanusi berkata, pihaknya akur dengan kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan kerajaan negeri akan merancang tindakan susulan yang akan dilakukan bersama agensi berkaitan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker