Budak 3 tahun maut jatuh tingkat 18

CHICAGO, ILLINOIS – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan apartmen di bandar Chicago, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post semalam.

Kanak-kanak lelaki dikenal pasti sebagai Chaise Binion itu dilaporkan jatuh dari tingkap sebuah unit apartmen Lake View Towers kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Mangsa terhempas di atas sebuah garaj tempat letak kereta sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kata polis.



Menurut laporan, garaj  tiga tingkat tersebut terletak di antara dua menara bangunan apartmen di mana kejadian berlaku.

Beberapa penduduk berkata, tingkap unit apartmen terbabit terbuka dari bahagian dalam, yang mungkin menyebabkan kanak-kanak berkenaan boleh memanjatnya.

“Kami dapat melihat kakitangan kecemasan membawa kanak-kanak itu menggunakan pengusung.

“Mereka memberi bantuan kecemasan kepadanya dan saya dapat melihat wajahnya dipenuhi darah,” kata seorang penduduk, Tracy Redmond.



Siasatan ke atas kejadian tersebut sedang dilakukan  dan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat  semalam. – Agensi

Budak 3 tahun maut jatuh tingkat 18

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker