Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja
Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja
YANGON – Tentera junta Myanmar melakukan jenayah perang dengan menanam periuk api pada ‘skala besar’ di sekitar kampung-kampung di mana mereka berperang menentang pejuang anti rampasan kuasa, kata kumpulan hak asasi antarabangsa, Amnesty International (AI) semalam.
Pertempuran sengit merebak ke kawasan yang luas selepas rampasan kuasa tentera tahun lalu mencetuskan penentangan baharu oleh kumpulan-kumpulan pemberontak etnik dan penubuhan berpuluh-puluh ‘Tentera Pertahanan Rakyat’ untuk memerangi junta.
Semasa lawatan ke negeri Kayah dekat sempadan Thailand, pasukan penyelidik AI menemu bual mangsa periuk api yang terselamat, pekerja perubatan dan individu lain yang terlibat dalam operasi pembersihan periuk api.
Kata AI, pihaknya mempunyai maklumat sahih bahawa tentera junta menanam periuk api di sekurang-kurangnya 20 buah kampung termasuk laluan ke sawah padi yang menyebabkan penduduk awam terbunuh serta cedera.
AI juga merekodkan beberapa insiden di mana tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw, menanam periuk api di gereja dan kawasan sekitarnya.
“Askar-askar Myanmar menanam periuk api sewenang-wenangnya di halaman kediaman penduduk dan di luar tandas,” kata AI.
Kumpulan-kumpulan anti junta cuba membersihkan periuk api di beberapa kawasan tetapi tugas itu dilakukan tanpa peralatan sepatutnya dan latihan profesional.
“Kami tahu berdasarkan pengalaman pahit kami bahawa angka korban dan kecederaan orang awam akan meningkat dari masa ke masa, manakala bahaya periuk api menghalang penduduk kembali ke kediaman dan tanah pertanian mereka,” kata penasihat kanan krisis AI, Rawya Rageh.
Myanmar tidak menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang melarang penggunaan, pembuatan dan penyimpanan periuk api.
Tatmadaw pula berulang kali dituduh melakukan kekejaman dan jenayah perang sepanjang konflik dalaman Myanmar yang berlarutan selama berdekad-dekad.
Kekejaman tentera terhadap etnik minoriti Islam Myanmar dalam tahun 2017 menyebabkan sekitar 750,000 orang melarikan diri ke Bangladesh. K Online
Tentera Myanmar tanam periuk api di gereja
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi