Ravi Patel sanggah dakwaan jahat terhadap filem Mat Kilau

Pelakon watak Ghuram Singh dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Ravi Patel meluahkan kebimbangannya terhadap kritikan berkaitan gambaran tentera Sikh dalam filem itu.

Merujuk langsung kepada tulisan pengarang terkenal dan kontroversi Faisal Tehrani, dia berkata tulisan sebegitu seolah-olah sengaja mahu memanaskan keadaan.

“Pengarah dan penerbit sudah menguar-uarkan penceritaan Mat Kilau bukan 100 peratus berkisahkan sejarah dan fakta.



“Kalau betul-betul berpaksikan fakta, tak mungkin filem itu mampu meraih kutipan hampir mencecah RM100 juta.

Faisal Tehrani

“Pihak produksi juga berkata tak ada niat untuk mengecewakan orang Sikh atau hati sesiapa, cuma cara penulis ketengahkan isu rasis sebegitu boleh menyebabkan ramai orang marah.

“Hanya disebabkan gambaran watak Sikh, penulis bangkitkan soal rasisme, ia tak wajar seperti saya jelaskan tadi kerana kisah itu fiksyen,” tutur Ravi yang dilahirkan di Gujarat, India, kepada Malaysiakini.

Portal ini empat hari lalu menyiarkan ulasan Faisal yang juga felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  yang memeriksa fakta sejarah dalam filem itu.



Dia berpandangan ada watak-watak dalam filem Syamsul Yusof itu disensasikan dan berpotensi menjadi risiko jenayah kebencian.

Faisal antaranya berkata rekod sejarah menunjukkan tentera Sikh mendapat arahan untuk menenangkan keadaan, bukan mengebom atau menembak peniaga seperti disarankan dalam filem Mat Kilau.

Sementara itu, Ravi, 31, berkata kebimbangan Faisal bukanlah sesuatu yang wajar.

Katanya, banyak filem dari Bollywood yang mengutuk orang Islam sebagai pengganas tetapi tidak membawa mudarat kepada kepelbagaian agama di India.



Justeru, pelakon itu mencadangkan agar Faisal mengambil sikap yang positif.

“Saya lihat ramai penonton menyukai Mat Kilau. Daripada segi positif, filem itu juga menyebabkan banyak kanak-kanak atau dewasa ingin mendalami agama selain ilmu persilatan.

“Saya dimaklumkan mengenai artikel ni melalui rakan-rakan berbangsa Sikh. Mereka menyatakan tiada masalah dengan lakonan saya.

“Tapi saya tak nafikan mungkin ada segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan gambaran watak itu dalam Mat Kilau.



“Harus saya tegaskan, sebagai pelakon, saya hanya mengikut arahan seorang pengarah. Saya juga yakin, tiada isu perkauman antara Melayu yang timbul disebabkan filem ini,” katanya.

Antara rujukan yang dipetik Faisal Tehrani

Selain itu, Ravi berkata, penonton juga tiada masalah walaupun Faisal menyifatkan aksi lawannya sebagai tentera Sikh dalam filem itu ala-ala KL Gangster.

“Saya tak setuju dikaitkan begitu padahal ramai orang puji lakonan saya dan mereka tiada masalah dengan aksi ditunjukkan,” katanya.

Selain Mat Kilau, Ravi pernah menjayakan filem Hong Kong, Peace Breaker yang dibintangi oleh  Aaron Kwok, Monkey Man (Dev Patel) dan Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss Part 1 (Fazura).



Selain Faisal, pemaparan tentera Sikh dalam filem itu turut mendapat kritikan persatuan United Sikh Malaysia dan ahli sejarah Ranjit Singh Malhi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker