Mahdzir Khalid yakin Hamzah tidak berani campur tangan soal keputusan pindaan perlembagaan UMNO

 

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menolak tanggapan bahawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin ‘cuba bermain’ dengan sengaja melengah-lengahkan keputusan membabitkan pindaan perlembagaan parti itu.

“Jangan tuduh-tuduh. Tak cantik,” kata Mahdzir sambil tersenyum dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Orang Asli bersama pemimpin di Hotel Vivatel Kuala Lumpur.



Mahdzir yang juga menteri pembangunan luar bandar berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang masih belum meluluskan pindaan perlembagaan Umno serta tanggapan bahawa Hamzah sengaja melengah-lengahkan keputusan itu.

Pada 17 Julai lalu, Hamzah berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan JPPM dan tidak boleh memutuskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaannya.

Hamzah ketika itu berkata, walaupun JPPM di bawah kementeriannya namun, beliau tidak mempunyai kuasa ke atasnya sebaliknya hanya boleh menyelia jabatan tu.

Sementara itu, ditanya sama ada Umno telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan pemilihan parti sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mahdzir berkata, mereka masih menunggu keputusan JPPM.



“Kita tunggu dulu. Benda tu ada masa sikit lagi, saya ingat Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dah sebut JPPM bagi seminggu dua. Saya ingat tunggu yang tu dulu,” katanya.

Semalam, Ahmad berkata Umno memberi JPPM sehingga dua minggu lagi untuk meneliti lapan dokumen tambahan yang diminta sebelum memberikan maklum balas.

Umno sebelum ini membuat permohonan pindaan perlembagaan partinya bagi menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas PRU15.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada JPPM pada 17 Mei lepas.



Pada 7 Julai lepas, JPPM berkata keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan Umno akan diketahui pada 16 Julai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker