Bekas wakil rakyat PAS kata PAS bangang sokong SOSMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini terus panas dengan perang mulut antara wakil kerajaan dan pembangkang kali ini membabitkan gelaran “bangang”.
Kekecohan tercetus apabila Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) menggelar wakil rakyat PAS sebagai “bangang” kerana menyokong Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang didakwanya zalim.
“Dalam Al-Quran ada sebut jangan zalim kepada mana-mana orang. Walaupun melakukan jenayah kita tak boleh zalim, ini dalam Islam yang PAS takkan tak faham, kenapa bangang sangat?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk lima tahun lagi.
Kenyataan Hanipa itu mencetus rasa tidak puas hati Awang Solahuddin Hashim (PAS-Pendang) yang menyifatkan wakil rakyat Amanah berkenaan sebagai individu yang mempunyai sikap “sakit hati”.
“Kenapa sakit hati dengan dengan PAS? Kalau kami (PAS) faham takkan kami nak habaq (beritahu) dengan hang (kamu), hang ingat hang pandai sangat?
“Cakap ikut sedap itu Islam ke, kata orang bangang?” kata Awang.
Bantahan sama dibuat Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang menganggap Hanipa bukanlah pemimpin yang memperjuangkan Islam atau menggambarkan agama itu apabila melabel orang lain bangang.
“Itu Islam sangat la itu cakap orang bangang,” katanya sambil menganggap pemimpin PH hanya pandai bercakap sahaja dan “kencing” rakyat dengan janji manis.
Hanipa kemudian menegaskan tindakan beliau menolak Sosma bukan bermakna menyokong penjenayah sebaliknya undang-undang yang hendak digunakan perlu adil dan tidak zalim kepada orang yang bersalah.
“Jenayah macam mana pun ia tetap jenayah. Jenayah yang dilakukan YB Pekan (Najib Razak) (juga) jenayah…rakyat tengah kelaparan dan ada sampai bunuh diri (tapi) beliau senang-lenang ambil duit rakyat. Tapi kita tak mahu beliau dibicara di bawah Sosma.
“Kita mahu dibicara secara adil sebab itu sampai sekarang beliau (MP Pekan) tak masuk penjara lagi, kalau ditahan bawah Sosma beliau sudah lama dihumban dalam penjara. Walaupun kami benci dengan YB Pekan merompak duit rakyat tapi kami tak mahu dia dibicara bawah Sosma,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) ketika membahaskan usul sama menyifatkan wakil pembangkang termasuk Hanipa dan Khalid Samad (PH-Shah Alam) sebagai tidak menghormati Dewan Rakyat semasa berucap apabila menunjukkan sikap kebudak-budakan.
“Kita ini lupa siapa kita apabila bahas terjerit-terjerit. Nak kata monyet salah sangat, kita sudah tua belaka tapi perangai tak menggambarkan yang tua,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi