PRU15 sesuai diadakan selepas pembentangan Bajet 2023
SHAH ALAM – Pakar politik berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu disegerakan demi kestabilan kerajaan sekali gus membolehkan negara memberi tumpuan memulihkan ekonomi ekoran keadaan rakyat kian tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika keadaan politik negara stabil, kerajaan tidak perlu memikirkan dua keadaan iaitu politik dan ekonomi yang tidak menentu.
“Ini pernah dilakukan pada tahun 1999, iaitu setahun selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Terus diadakan pilihan raya umum oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sama juga pada tahun 2008, apabila timbul isu kos sara hidup dan pertembungan dalam parti, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan mengadakan pilihan raya umum,” katanya mengulas sama ada PRU15 wajar dipercepat atau lebih baik tunggu sehingga habis penggal.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, genap empat tahun mandat PRU14 dan berbaki 365 hari lagi sebelum mandat semasa menutup tirai bagi membolehkan PRU15 diadakan.
Sivamurugan menegaskan, tindakan mempercepatkan PRU15 juga adalah langkah bijak jika diramal keadaan ekonomi menjadi lebih buruk selepas ini.
“Sekiranya dilihat keadaan ekonomi makin teruk, barangkali lebih baik pilihan raya diadakan dalam jangka masa dua tiga bulan dari sekarang.
“Kita khuatir keadaan ekonomi yang makin meruncing hingga rakyat terpaksa ikat perut, inflasi kian tinggi, pengangguran yang meningkat akan memberi impak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nanti,” ujarnya.
Katanya, Ismail Sabri yang bakal memutuskan tarikh PRU15 perlu mengambil kira semua faktor tersebut dalam memuktamadkan keputusan pembubaran Parlimen.
Ditanya mengenai waktu tepat diadakan PRU15, Sivamurugan berpendapat, ia sesuai dilakukan pada September atau Oktober nanti selepas pembentangan Bajet 2023.
Bajet 2023 katanya, mesti ambil kira kemahuan dan keperluan rakyat dan boleh menjamin kestabilan politik, ekonomi serta boleh memberikan penghujung kepada isu politik yang sudah meleret empat tahun.
“Akhirnya sesiapa sahaja yang mendapat mandat boleh memberi tumpuan kepada ekonomi,” tegasnya.
Senada dengan Sivamurugan, penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, untuk mendapatkan kestabilan politik, PRU15 harus dipercepatkan.
“Kalau tanya rakyat sekarang, mereka juga pasti beri jawapan mahu kerajaan yang kuat untuk bantu mereka berdepan kemelut ekonomi.
“Bayangkan dalam masa empat tahun ini, kita dah ada tiga Perdana Menteri, maknanya kerajaan tidak stabil,” katanya.
Ahmad Atory memberitahu, ketidakstabilan politik tersebut membuatkan krisis ekonomi negara menjadi lebih buruk, selain faktor impak pandemik Covid,-19, perang Rusia-Ukraine dan kenaikan kadar faedah atau kadar dasar semalaman (OPR) Amerika Syarikat (AS).
Kata beliau, ia semakin teruk kerana timbul ketidakyakinan pelabur luar untuk melabur di negara ini, selain menjejaskan nilai mata wang ringgit.
“Saya tengok ramai pelabur luar dah teragak-agak apabila melihat situasi negara ini kerana ketidaktentuan politik.
“Para pelabur banyak pergi ke Amerika Syarikat, Thailand dan Indonesia. Misalnya di Indonesia, politiknya stabil dan mantap berbanding Malaysia.
“Selain itu, keadaan Ringgit Malaysia pun terjejas. Kita tahu ketidakstabilan politik bukanlah faktor utama tetapi ia merupakan salah satu faktor mata wang kita rendah,” tegasnya lagi.
Sementara itu, Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendirian PRU perlu diadakan lebih awal untuk membentuk kerajaan yang kukuh supaya dasar jangka panjang dapat dibentuk terutama.
“Negara berdepan inflasi yang makin naik dan ketidaktentuan ekonomi, jadi tiada jaminan bahawa isu ekonomi ini akan selesai pada tahun depan dan baru nak buat pilihan raya waktu itu.
“Lebih baik mandat cepat-cepat dikembalikan kepada rakyat apatah lagi kita tahu walaupun ketika ini genap empat tahun PRU14, tapi kerajaan yang ada bukanlah yang mendapat mandat daripada rakyat sebaliknya kerajaan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong (untuk meredakan krisis politik),” ujar beliau.
Katanya, keputusan menyegerakan PRU15 akan dapat menamatkan pelbagai masalah dalaman politik yang berlanjutan termasuk ancaman menarik sokongan terhadap kerajaan dan tuntutan parti untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Jadi kembalikanlah mandat kepada rakyat terutama selepas pewartaan Undang-Undang Anti Lompat Parti (yang dijangka dibuat antara 29 Ogos hingga 2 September nanti),” tambahnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul