Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar

Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar

IPOH: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya, minggu lalu.

Tertuduh, Ng Chun Ming, 61 tahun, mengangguk faham apabila kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki, Ng Chun Hon, 64 tahun.

Dia turut dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang wanita, Ooi Tin Lu, 59 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Ipoh antara jam 6.45 petang 6 Julai hingga 8.20 pagi, 7 Julai lalu.



Warga emas itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan forensik dan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Khamis lalu, media melaporkan pasangan suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas di Genting Highlands, Pahang, kira-kira jam 7.45 malam hari yang sama, 11 jam selepas polis menerima laporan mengenainya. Aw



Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker