PDRM siasat video anggota trafik minta rasuah dari pelancong UK [VIDEO]

PETALING JAYA: Polis sedang siasat dakwaan anggota trafik menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian, membabitkan warga United Kingdom.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata ia tidak akan bertolerasi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota terlibat.

Tular di YouTube dan media sosial suatu video memaparkan tindakan individu menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian, ke atas pasangan warga asing yang sedang menjelajah negara.



“JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut,” kata Pengarah JSPT, Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan.

Polis menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat.

Mana-mana pihak mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta memaklumkan JSPT bagi tujuan siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker