Perjanjian Jawatan TPM Wujud, Abdul Hadi Kena Rujuk Takiyuddin – Muhyiddin

Perjanjian Jawatan TPM Wujud, Abdul Hadi Kena Rujuk Takiyuddin – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa sebenarnya memang wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kouta anggota Kabinet.

Menurutnya, selaku Pengerusi PN, beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Tan Sri Annuar Musa.

Malah, katanya, draf perjanjian itu digubal oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Perdana Menteri tandatangan, yang disaksikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan saya sebagai PN menandatangani, disaksikan oleh Datuk Seri Hamzah dan ramai lagi yang hadir dan itu telah pun disimpan oleh pimpinan-pimpinan parti. Jadi mungkin Tok Guru (Presiden Pas) boleh periksa balik dengan Datuk Takiyuddin yang sebenar adalah penulis draf perjanjian kita hari tu. Maka itu yang kenyataan sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, bilangan jawatan dalam Kabinet turut terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Beliau memberi contoh berdasarkan perjanjian itu, Pas mempunyai kuota tiga, Bersatu hampir 10 dan UMNO pula ada sebilangan.

Oleh sebab itu, jelas beliau, apabila Datuk Zuraida Kamarudin keluar daripada Bersatu, adalah wajar jawatannya diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu.

Pada Jumaat, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, antara PN dengan Perdana Menteri.

Menurutnya, perkara itu ada dibincangkan tetapi tiada keputusan mengenainya.-AA

Perjanjian Jawatan TPM Wujud, Abdul Hadi Kena Rujuk Takiyuddin – Muhyiddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker