Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]

Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]

“Amat menyakitkan, tak lawak langsung,” demikian pendapat pelawak terkenal, Harith Iskander mengulas tindakan seorang wanita disyaki menghina agama Islam dengan membuat persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail yang tular, semalam.

Bagi Harith, tindakan wanita itu mempersenda agama Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan sangat tidak patut.

Malah, tegasnya, apa yang dipersembahkan bukan persembahan komedi berdiri.

Pernah dinobatkan sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia menerusi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland pada 2016, Harith berkata, dia menyuarakan pandangan atas paksi dirinya berada dalam komuniti komedi tanah air.

“Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.

“Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.

“Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan,” kara Harith menerusi rakaman video di Instagram (IG).

Harith berkata, dia sudah 32 tahun melakukan persembahan komedi berdiri secara profesional, malah, kerjaya berkenaan sudah sebati dengannya.

“Persembahan dicipta untuk buat orang ketawa. Pelawak akan bercerita dengan cara tersendiri dan penonton akan tergelak.

“Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.

“Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.

“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya.

 

Menerusi video berdurasi 53 saat, seorang pelawak wanita disyaki menghina agama Islam sehingga mengundang kemarahan ramai.
Menerusi video berdurasi 53 saat, seorang pelawak wanita disyaki menghina agama Islam sehingga mengundang kemarahan ramai.

 

Harith turut mengulas persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.

“Ia ‘open mic comedy night’ yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.

“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai.

“Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.

“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” kata Harith penuh sinis.

Tambahnya lagi, tidak semua persembahan lawak dan orang suka.

“Setiap orang ada cita rasa. Ada persembahan tidak lawak, tetapi bertukar menyinggung perasaan. Saya sendiri menghakimi kerjaya ini dengan niat nak berlawak atau buat orang tersinggung.

“Wanita ini memang menyinggung sensitiviti orang dengan kejutan dilakukan,” katanya.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 53 saat, wanita berkenaan berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri dengan mengakui sebagai wanita Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu kemudian membuka tudung dan baju kurung dipakai dengan pakaian mendedah sebahagian dada serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.

Tindakan wanita itu mengundang rasa tidak senang, apatah lagi, ketika umat Islam sedang meraikan Aidiladha.

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung video yang tular dipercayai menghina Islam oleh wanita berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, dalam satu satu kenyataan memaklumkan, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Sementara itu, pemilik kelab komedi, Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita yang dianggap menghina agama Islam.

Crackhouse Comedy Club juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan melarang wanita berkenaan memasuki premis kelab komedi berkenaan.-BH

Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker