0.6 peratus lagi sebelum dibenarkan rentas negeri

PETALING JAYA- Malaysia hanya memerlukan sebanyak 0.6 peratus sahaja lagi bagi melengkapkan peratusan 90 peratus kadar populasi dewasa di negara ini dilengkapi dua dos vaksin.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, setakat ini seramai 89.4 peratusan rakyat dewasa telah lengkap divaksinasi setakat semalam.

“Jumlah itu melibatkan seramai 20,927 867 individu yang dilengkapi dua dos.



“Sementara itu, sebanyak 94.7 peratus atau 22,166 911 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos,” katanya tadi.

Katanya, jumlah pemberian vaksin harian pula ialah sebanyak 174,820 di seluruh negara.

Pada 7 Oktober, peratusan individu lengkap divaksin ialah sebanyak 89.1 peratus seterusnya menyaksikan peningkatan sebanyak 0.3 peratus pada hari berikutnya

0.6 peratus lagi sebelum dibenarkan rentas negeri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker