Tindakan mahkamah timbulkan ketakutan rakyat, media untuk bersuara-Afdlin Shauki

Tindakan sebuah portal berita yang didenda oleh mahkamah gara-gara komen ditinggalkan pembaca disifatkan boleh menimbulkan ketakutan kepada rakyat dan media untuk bersuara.

Selebriti, Datuk Afdlin Shauki Aksan tidak menolak bahawa ia juga boleh membuka peluang manipulasi daripada sesetengah pihak.

“Jadi orang nak bagi kenyataan atau pandangan lebih berani akan menjadi takut kerana senang sahaja nak kenakan dia,” katanya pada sidang media selepas mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.

Turut sama dalam pengagihan tersebut ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana menghina mahkamah, tahun lalu.

Hakim Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan demikian antaranya mengambil kira komen-komen menghina mahkamah yang diterbitkan di portal terbabit telah tersebar di negara ini dan juga boleh diakses di luar negara.

Sementara itu Afdlin berkata, kehadirannya di majlis pemberian ayam beku anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah atas tiket Yayasan Afdlin Shauki.
“Yayasan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak. Dahulunya saya pernah bekerjasama dengan PKR membina masjid di Gaza tahun 2014, di Pahang saya bekerjasama dengan Pas dan UMNO.

“Kita akan membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan dan mengikut semua orang yang nak berbuat baik,” katanya.

Sementara itu, Afdlin yang dilaporkan mengundurkan diri daripada UMNO selepas menyertai parti itu pada 2012 enggan mendedahkan parti politik yang akan disertainya selepas ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu akan mengumumkan perkara itu tidak lama lagi.

“Belum boleh diumumkan lagi. Tidak lama lagi. Nanti saya maklumkan,” katanya.

Pekerja Top Glove Klang ‘ketakutan’ wabak Covid-19 di kilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker