Mat Kilau boleh kutip RM60 juta – Syamsul Yusof
Mat Kilau boleh kutip RM60 juta – Syamsul Yusof
Syamsul Yusof anggarkan filem arahannya, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan boleh mencatat kutipan maksimum RM60 juta walaupun ada mendakwa ia boleh mengutip RM80 juta hingga RM100 juta.
Syamsul berkata, untuk memperoleh kutipan sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta agak mustahil kerana setakat ini, kutipan paling tinggi di pawagam Malaysia ialah filem Avengers : Endgame sebanyak RM87 juta yang ditayangkan pada 2019.
“Sejujurnya untuk Mat Kilau pergi ke situ agak mustahil. Lagipun saya tak letak sasaran jumlah kutipan sebanyak itu. Namun, setakat ini dengan kekuatan filem itu dan pawagam dijangka menayangnya untuk tempoh sehingga dua bulan, saya anggarkan ia mampu mencatat kutipan maksimum RM60 juta,” katanya kepada Harian Metro.
Mat Kilau yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu berjaya mengutip RM50.1 juta pada hari ke-12 tayangannya, kelmarin. Jumlah kutipan itu merangkumi tayangan di Singapura dan Brunei.
Jumlah kutipan itu juga berjaya memecah rekod filem Munafik 2 yang juga arahan Syamsul pada 2018 sebanyak RM48 juta.
Munafik 2 yang juga menampilkan Syamsul sebagai pelakon utama ditayangkan selama hampir dua bulan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Malah, ia mencatat kutipan sebanyak RM5 juta hasil tayangan di Indonesia.
Syamsul berkata, dia bersyukur kerana Mat Kilau kini berjaya mencipta sejarah sebagai filem tempatan paling laris menewaskan Munafik 2.
“Syamsul Yusof tewaskan Syamsul Yusof. Syukur. Ia memang berbaloi. Saya tak nafikan saya memang ‘mental’ nak siapkan filem ini,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata, Mat Kilau juga bakal ditayangkan di saluran Netflix selepas tamat tayangan di pawagam nanti.
“Pihak penerbit sudah mengadakan perbincangan awal dengan Netflix. Namun, tarikh tayangannya mungkin lambat lagi,” katanya. HM
Mat Kilau boleh kutip RM60 juta – Syamsul Yusof
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?