Dua pegawai polis ditangkap di pusat hiburan

Dua pegawai polis ditangkap di pusat hiburan

Dua pegawai polis yang tidak menghiraukan integritinya ditangkap kerana mengunjungi pusat hiburan di Petaling Jaya, Selangor, 12.15 malam tadi.

Pegawai yang terlibat merupakan seorang Asisten Superintendan Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Petaling Jaya, manakala seorang lagi Pegawai Bahagian D14 (Jenayah Terancang) JSJ Bukit Aman.

Mereka ditahan dalam serbuan dan pemeriksaan oleh pasukan Cawangan Risikan/ Operasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Sewaktu serbuan, kedua-dua pegawai berada di dalam sebuah bilik bersama dua orang wanita berumur lingkungan 32 hingga 33 tahun.

Daripada pemeriksaan sama, pihak polis juga menemukan sejumlah wang tunai daripada seorang pegawai terbabit.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh JSJN IPK Selangor ke atas kedua-dua pegawai dapati negatif dadah.

Pemeriksaan lanjut dalam premis juga telah menahan 64 orang pekerja dan pelanggan di dalam premis tersebut untuk tujuan pemeriksaan, namun tiada rampasan dilaporkan. MG

Dua pegawai polis ditangkap di pusat hiburan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker