10 fakta menarik tentang kehidupan Ratu Elizabeth II

LONDON – Susulan pemerintahan selama 70 tahun, Ratu Elizabeth II mangkat di istananya di Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun, lapor akhbar The Maniachi.

Berikut merupakan 10 perkara untuk diketahui mengenai kehidupan baginda.

Ratu Elizabeth merupakan monarki tertua dan paling lama memerintah dalam sejarah Britain. Pada September 2015, baginda mengatasi nenek moyangnya, Ratu Victoria yang memerintah selama 63 tahun dan tujuh bulan.



Pada 2016, Ratu Elizabeth menjadi monarki paling lama memerintah di dunia setelah kematian Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand.

Pada 2022, baginda menjadi monarki kedua paling lama memerintah dalam sejarah dunia selepas Raja Perancis abad ke-17, Louis XIV yang menaiki takhta pada usia 4 tahun.

Seperti kebanyakan kerabat diraja lain, Ratu Elizabeth tidak pergi ke sekolah awam tetapi sebaliknya mendapat pelajaran di rumah bersama adik perempuannya, Puteri Margaret.

Semasa Perang Dunia kedua, baginda digelar secara ringkas sebagai No. 230873, Second Subaltern Elizabeth Alexandra Mary Windsor dari Perkhidmatan Pengangkutan Bantuan No. 1.



Selepas berbulan-bulan berkempen demi mendapatkan kebenaran ibu bapanya untuk melakukan sesuatu dalam usaha perang, pewaris takhta itu belajar cara memandu serta menyelenggara ambulans dan trak.

Baginda dinaikkan ke pangkat Komander Muda kehormat dalam tempoh beberapa bulan.

Perwatakan Ratu Elizabeth juga sering dilihat serius, tetapi mereka yang mengenali monarki itu menyifatkan baginda mempunyai rasa humor yang nakal dan bakat untuk meniru aksi seseorang.

Baru-baru ini, baginda menunjukkan sisi nakalnya semasa perayaan Jubli Platinum apabila membintangi sebuah video komik bersama watak animasi Paddington Bear.



Walaupun bergelar ratu, baginda tetap membayar cukai sekurang-kurangnya sejak tahun 1992.

Baginda dibaptiskan sebagai Elizabeth Alexandra Mary Windsor dari York sebagai penghormatan kepada ibunya, nenek sebelah bapa dan nenek moyang sebelah bapanya.

Ratu Elizabeth dan suaminya, Putera Philip mengekalkan hubungan yang stabil selama lebih 70 tahun. Ia jauh mengatasi perkahwinan tiga daripada empat anaknya iaitu Putera Charles, Puteri Anne dan Putera Andrew.

Baginda dilahirkan pada 21 April 1926 tetapi ramai keliru mengenai tarikh untuk meraikannya. Tiada hari yang ditetapkan secara universal untuk ‘hari lahir rasmi baginda’.



Umum mengetahui bahawa baginda menyukai anjing baka Corgi. Baginda memiliki lebih daripada 30 corgis selama bertahun-tahun termasuk dua ‘dorgis’ iaitu kacukan baka dachshund dan corgi bernama Candy dan Vulcan.

Ratu Elizabeth juga menjadi inspirasi untuk beberapa lagu pop termasuk Her Majesty nyanyian kumpulan terkenal, The Beatles. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker