Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memotong barisan tanpa memberi lampu isyarat, mengamuk dan menunjukkan isyarat lucah kerana berang selepas dihon.

Rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik ke Facebook “DashCam Owners Malaysia” menunjukkan pemandu Mitsubishi Pajero itu memandu secara berbahaya dan memotong barisan tanpa memberi lampu isyarat.



Pemandu kereta yang merakam kejadian itu terkejut, lalu membunyikan hon menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit tiba-tiba berhenti di tengah jalan sebelum kedua-dua lelaki itu bertikam lidah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di Mount Austin, Johor Bahru.

Tinjauan di ruang komen Facebook mendapati warganet mengecam tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Jalan ini memang sesak, kadang-kadang dah nak sampai ’roundabout’ depan baru dapat ruang masuk laluan, pengajarannya tak perlu laju-laju,” kata pengguna Facebook, Ahmad Saufi.



“Masuk ‘lane’ pun tiada ‘signal’, lepas tu masuk lane main himpit kereta lain, bila kena hon terus mengamuk,” kata seorang lagi pengguna Facebook, Ah Faa.

“Bagi saya, bunyikan hon ialah cara untuk berkomunikasi antara kenderaan. Macam nak minta mereka berhenti dulu ke, suruh jalan ke kalau mereka tidak perasan lampu sudah hijau. Kadang-kadang tekan hon sebagai tanda terima kasih,” kata Azhan. FMT

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM



Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker