Majlis Pemulihan Negara tidak lagi releven dan perlu dibubarkan

 

Pertindihan fungsi dan matlamat berhubung penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi benar-benar relevan mampu menangani isu kos sara hidup yang menghambat rakyat ketika ini.

Pasukan khas itu akan benar-benar berjaya, sekiranya karenah birokrasi yang menjadi dinding memisahkan agensi kerajaan dan pihak luar dapat dikurangkan.



Pertindihan fungsi dan matlamat pasukan khas ini dengan jawatankuasa khas yang ditubuhkan sebelum ini memberi kelebihan kerana ialah ahlinya terdiri daripada menteri yang paling relevan dalam menangani isu inflasi dan kos sara hidup

Penubuhan pasukan khas akan lebih berkesan sekiranya mereka berjaya mendapatkan maklum balas dan kerjasama semua pihak berkepentingan, termasuk Bank Negara serta bersedia menerima pandangan luar kotak untuk melaksanakan agenda menurunkan kos sara hidup rakyat.

Ini menjadikan Majlis Pemulihan Negara yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin tidak lagi releven dan perlu dibubarkan

Rabu lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup.



Katanya, pasukan itu berperanan mengumpul semua maklumat dari kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak menyifatkan penubuhan pasukan khas itu setaraf Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

“Perkataan ‘jihad’ yang terkandung dalam nama pasukan itu mempunyai makna jawatankuasa itu akan mencurahkan daya dan tenaga kekuatan untuk mencapai matlamat dalam menangani inflasi makanan di negara.”

Namun, katanya, keberkesanan pasukan itu bergantung kepada cara jawatankuasa berfungsi.



“Mereka bukan sahaja melakukan pemantauan, pada masa yang sama juga mengadakan ‘audit forensik’ bagi menangani isu kenaikan mendadak harga barang secara berkesan.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker