Harga barang: Ismail bidas pembangkang bohong, cakap seolah tiada Tuhan

Harga barang: Ismail bidas pembangkang bohong, cakap seolah tiada Tuhan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menempelak pembangkang yang sentiasa berbohong mengenai penarikan subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata, dalam menangani kos sara hidup, kadar inflasi di Malaysia masih pada kadar terendah sekitar 2.8% berbanding negara lain disebabkan dasar subsidi kerajaan.

“Pembangkang pembohong tapi pembangkang memang sifat dia berbohong bercakap seolah-olah tiada Tuhan, hidup tak mati-mati.

“Apa yang tidak diteruskan (subsidi) hanyalah subsidi minyak botol kerana ia sementara ketika pelaksanaan PKP selama tiga bulan dan diteruskan lagi selama tiga bulan, dan sekarang ia tak diperlukan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak.

Hadir sama Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Ismail berkata, sebanyak RM28 bilion subsidi disediakan untuk petrol dan diesel tidak termasuk gas memasak manakala kenaikan harga ayam adalah disebabkan kenaikan harga jagung dan soya yang diimport.

Katanya, bagi mengatasi masalah itu pihaknya sudah memanggil menteri besar bagi memperuntukkan tanah untuk membolehkan jagung bijian ditanam.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Ismail berkata kerajaan tidak hanya berpeluk tubuh dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kenaikan beberapa harga barang dan beliau turut membuat tinjauan rambang ke premis perniagaan untuk melihat sendiri harga barangan yang dijual.

“Fenomena kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia semata-mata tetapi global dan kita tidak terkecuali,” katanya.

Bagaimanapun, katanya dalam menangani kos sara hidup kerajaan memperuntukkan subsidi lebih RM70 billion untuk barangan asas dan tiada subsidi yang ditamatkan.

“Kita (beri) subsidi makanan dan harga ayam sebanyak RM700 juta untuk memastikan harga kekal RM8.90. Minyak masak RM4 billion supaya harga minyak pek RM2.50 kalau tak RM9.50 sekampit (untuk) sekilogram.

“Subsidi tidak ditamatkan pada 1 Julai cuma untuk ‘one off’ minyak botol yang diperkenalkan pada perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi sekarang dah tamat (PKP) jadi tak perlu lagi tapi mereka mengatakan kita tak buat apa-apa,” katanya. FMT

Harga barang: Ismail bidas pembangkang bohong, cakap seolah tiada Tuhan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker