Pastikan tidak ada seorang pun ahli Keluarga Malaysia hidup melarat – Ismail
Pastikan tidak ada seorang pun ahli Keluarga Malaysia hidup melarat – Ismail
PENDEKATAN Keluarga Malaysia bermatlamat untuk memastikan tidak ada seorang pun ahli keluarga itu hidup melarat.
Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 2022 hari ini.
Bagi mencapai hasrat itu, Perdana Menteri menggesa MTUC untuk mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif dan komprehensif kepada ahli-ahli kesatuan gabungan di bawahnya serta diperluas kepada golongan pekerja Keluarga Malaysia yang lain.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan RM4 juta kepada MTUC untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.
“MTUC mewakili 16.5 juta pekerja Keluarga Malaysia dan dianggap sebagai rakan kongsi Kerajaan yang baik.
“Peranan MTUC sangat penting dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang kini memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
“Sebagai badan induk yang memperjuangkan hak dan nasib pekerja, MTUC juga perlu prihatin terhadap keperluan ahli-ahli kesatuan khusus yang tergolong dalam kumpulan B40 dan kelompok miskin tegar,” katanya.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut mengumumkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil MTUC sebagai Ahli Lembaga Pengarah mereka.
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah.
Tambahnya, wakil pekerja berkenaan juga diharapkan untuk turut memainkan peranan dalam urusan pentadbiran selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
“Golongan pekerja seharusnya sama-sama menjaga kestabilan, perpaduan dan hubungan industri bukan hanya dalam kalangan pekerja tetapi juga Kerajaan dan majikan bagi kejayaan proses pembangunan negara.
“Golongan pekerja adalah tunjang kepada pembangunan negara dan keperluan mereka sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.
“Saranan saya, kekalkanlah hubungan baik antara kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan agar dapat terus memacu kemajuan demi kemakmuran negara,” katanya. Utv
Pastikan tidak ada seorang pun ahli Keluarga Malaysia hidup melarat – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.