Kerajaan cakna isu kos sara hidup – Ismail



Kerajaan cakna isu kos sara hidup – Ismail

KERAJAAN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan isu kos sara hidup tidak terus mencengkam hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara inisiatif yang telah diambil adalah pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Jelas beliau, langkah untuk melaksanakan gaji minimum itu tidak mudah kerana ramai majikan tidak bersetuju dengan memberikan pelbagai alasan selepas pandemik Covid-19.

Begitupun, katanya, kerajaan tetap bertegas kerana merasakan adalah mustahil untuk rakyat ‘bernafas’ dengan gaji kurang daripada RM1,500 dalam keadaan ekonomi ketika ini.




Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bagi membantu mengurangkan beban penjawat awam.

Jelas beliau, melalui program itu, PERKESO akan membayar dahulu insurans kenderaan penjawat awam dan pekerja boleh mendapat pinjaman tanpa faedah dengan bayaran secara ansuran selama 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Beliau menambah, Skim pembiayaan itu juga akan diperluaskan kepada pekerja swasta.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM77.7 bilion untuk pemberian subsidi bagi mengawal inflasi daripada naik.

Jelas beliau, kadar pemberian inflasi negara ketika ini iaitu 2.8 peratus berkemungkinan akan naik kepada 11 peratus jika kerajaan tidak memberikan subsidi.




“Saya mengarahkan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengerakkan penguatkuasaan.

“Ketika mesyuarat semalam, akan ada sukaralewan belia untuk memantau situasi harga
barang di pasaran.

“Ketika saya menjawat jawatan Menteri Pertanian, saya telah perkenalkan Jihad Memerangi Orang Tengah.

“Namun, selepas saya tiada di situ, perkara itu tidak diteruskan dan saya berharap Menteri Pertanian kini akan meneruskan perkara tersebut,” katanya.
Utv

Kerajaan cakna isu kos sara hidup – Ismail





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.