Ismail arah GLC lantik wakil MTUC dalam lembaga pengarah
Ismail arah GLC lantik wakil MTUC dalam lembaga pengarah
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap dalam persidangan perwakilan MTUC ke-22, Ismail mahu suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan lembaga pengarah GLC dan GLIC.
“Menjadi harapan kerajaan supaya wakil pekerja berkenaan turut memainkan peranan dalam urusan pentadbiran nanti,” katanya dalam ucapan.
MTUC mewakili 16.5 juta pekerja dengan slogan Pejuang Kaum Pekerja Sejak 1949.
Setakat ini, pegawai MTUC diberi penghormatan menganggotai pelbagai badan berkanun dan khas termasuk Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Dalam majlis itu, perdana menteri mengumumkan geran tahunan RM4 juta kepada MTUC bagi melaksanakan program kesedaran dan latihan sejajar perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
“Peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.
“Saya menggesa MTUC mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif, dan komprehensif kepada ahli-ahli kesatuan gabungan di bawahnya serta diperluas kepada golongan pekerja yang lain,” katanya.
Ismail menyeru MTUC melihat semula usaha-usaha yang mampu memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran baharu yang sewajarnya dan bukan hanya memperjuangkan soal gaji dan imbuhan.
“MTUC juga perlu prihatin terhadap keperluan ahli kesatuan khusus yang tergolong dalam kumpulan B40 dan kelompok miskin tegar,” katanya. FMT
Ismail arah GLC lantik wakil MTUC dalam lembaga pengarah
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis