Tiga premis jual android box diserbu

Tiga premis jual android box diserbu

Kegiatan tiga premis beroperasi di sebuah pusat beli-belah di sini, yang menjual alat teknologi penstriman atau android box haram terbongkar hasil serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pada minggu lalu.

Dalam serbuan 12 tengah hari pada 22 Jun itu, dua lelaki termasuk seorang warga asing masing-masing berusia 30-an ditahan kerana disyaki menjual peralatan berkenaan.



Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat pemilik hak cipta dan risikan awal oleh anggota penguat kuasa selama beberapa hari.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga premis itu, anggota merampas sebanyak 17 unit alat teknologi penstriman dan dokumen berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta diadukan dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM6,800.

“Pasukan serbuan juga menahan dua lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 kerana melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman, jika sabit kesalahan penjara sehingga 20 tahun atau denda antara RM10,000 sehingga RM200,000 atau kedua-duanya.



Katanya, Akta Hak Cipta 1987 ditambah baik melalui pindaan 2022 yang berkuat kuasa mulai 18 Mac lalu dengan memberi penekanan dalam usaha membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital.

Selain itu, Azman turut mengingatkan peniaga supaya tidak menjual alat teknologi penstriman dan tindakan penguatkuasaan serta pemantauan berterusan akan dilakukan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga juga boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 atau 019-848 8000; Portal Aduan di e-aduan.kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800; email ke [email protected] atau menerusi aplikasi Ez Adu KPDNHEP. HM

Tiga premis jual android box diserbu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi



Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker