Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Semua 42 calon Pejuang dan hampir semua calon MUDA kalah dalam PRN Johor malam ini – berdasarkan keputusan tidak rasmi – petanda malap untuk parti pimpinan veteran Dr Mahathir Mohamad dan anak didiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Keputusan itu khususnya memberi tamparan hebat khususnya kepada Pejuang, yang meletakkan harapan tinggi untuk meraih beberapa kerusi dalam usaha menjadi pesaing serius kepada gabungan besar seperti Umno-BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan pengiraan awal undi, MUDA kemungkinan hanya memenangi satu daripada enam kerusi yang diberikan kepadanya oleh DAP dan Amanah. Syed Saddiq kini terpaksa memikirkan strategi baharu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang

Untuk Pejuang, kebergantungan kepada kuasa penarik Mahathir dilihat membawa padah apabila bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu tidak dapat berkempen secara aktif setelah baharu keluar hospital akibat rawatan jantung.

Kekalahan teruk Pejuang akan menimbulkan tanda tanya mengenai kelangsungan parti itu tanpa pembabitan aktif Mahathir kerana faktor kesihatan dan usia.

Sungguhpun parti itu mempunyai anak Mahathir, Mukhriz sebagai presiden, umumnya Pejuang tidak dilihat mempunyai pimpinan yang mempunyai aura nasional dan mantap untuk menyaingi lawan seperti PH, Umno-BN, dan PN.

Justeru, Pejuang terpaksa berganding dengan parti lain untuk menjadi pesaing serius pada PRU15, namun pilihannya terhad, memandangkan beliau menolak Anwar Ibrahim (pengerusi PH) dan Muhyiddin Yassin (pengerusi PN).

MUDA yang bertanding di PRN, hanya beberapa minggu setelah pendaftarannya di sahkan, menjadi tumpuan kerana faktor penambahan lebih 700,000 pengundi baharu susulan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pengundi di Johor lebih 2.5 juta berbanding 1.8 juta pengundi pada PRU14 pada 2018.

Namun, jumlah peratus pengundi keluar mengundi yang rendah menunjukkan MUDA perlu bekerja lebih keras untuk menyampaikan mesej dan menyakinan pengundi muda untuk keluar mengundi.

Apa pun, parti setahun jagung itu boleh menjadikan kerjasamanya dengan DAP dan Amanah sebagai pemangkin menubuhkan gandingan lebih luas pada PRU 15, sungguhpun di Johor, PKR yang menjadi tonggak PH, dingin terhadap kerjasama dengan MUDA.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker