Aliff Syukri memang tidak boleh menyanyi – Ezuwan Ismail

Aliff Syukri memang tidak boleh menyanyi – Ezuwan Ismail
Aliff Syukri memang tidak boleh menyanyi – Ezuwan Ismail. Angin tidak ada, ribut tak ada, tiba-tiba pereka fesyen terkenal yang turut berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, Ezuwan Ismail memuat naik entri berbaur sindiran dan kecaman di laman Instagram miliknya.

Lebih tepat, ada yang mendakwa entri terbabit ditujukan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru muncul dengan lagu raya berjudul Lala Raya.

Pereka dan penyanyi kelahiran Kelantan itu tanpa berselindung mengiyakan entri terbabit memang ditujukan kepada personaliti berstatus Datuk Seri itu.

“Habis itu, siapa lagi kalau bukan dia. Saya malas nak letak atau tulis namanya, nanti bagi publisiti percuma saja dekat dia. Tak payah menyanyi guna ‘auto tune’ sangatlah. Tahulah tahap keyakinan dia tinggi sampai boleh ‘terpelanting’ penyanyi sedia ada lain.

“Saya pun pernah dikecam tak nyanyi bagus sampai pernah dicarut menyanyi seperti tercekik sudu oleh Rozita Che Wan. Namun saya rasa mutu vokal sendiri taklah seteruk dia. Saya siap masuk kelas vokal. Pendek kata suara saya lagi bagus berbanding dia.

“Dia yang banyak kali keluar lagu pun, tak ada peningkatan langsung. Baik tak payah menyanyi sebab memang tak boleh menyanyi pun. Tahulah dia banyak duit, tapi rasanya cukup cukuplah. Lebih baik dia fokus perniagaan dan buat viral macam selalu,” tegas bapa kepada dua anak itu.

Berkawan baik dengan Aliff

Ditanya bukan dia berkawan baik dengan ahli perniagaan berkenaan, Ezuwan tidak menafikan perkara itu.

“Saya mengenalinya dan masing masing pernah bersua dan bertegur sapa di beberapa majlis tertentu.

“Saya rasa tak salah menegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat benda yang tak perlu seperti menyanyi. Iya dia ada duit dan kaya, tapi lebih baik dilaburkan untuk benda mendatangkan untung

“Saya pun menyanyi atas paksi ukur baju di badan sendiri. Setakat berangan biasa biasa itu adalah. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu dan acara muzik lain. Saya realistik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezuwan mengakui terpaksa menganjak tarikh mempromosikan single raya solonya berjudul Lambaian Pagi Syawal.

Lagu itu dicipta komposer otai, S Atan dan lirik Siso Kopratasa. Ia dirakamkan 10 Mac lalu.

Untuk rekod Ezuwan tampil menyanyi dengan E1 Band bersama dua lagi anggotanya, Zulyasrani dan Ariff Imran pada tahun 2019.

“Tahun 2019 itu kami muncul dengan lagu Semalam Sahaja ciptaan Asfan Shah dan juga lagu raya, Rindu Lebaran. Lagu raya itu pun dicipta S Atan.

“Cuma kali ini saya nak cabar diri dan cuba nasib menyanyi solo. Tapi atas beberapa masalah produksi dan situasi pandemik Covid-19, nampaknya saya kena tunda niat nak keluar lagu raya itu tahun ini.

Kena peram sampai tahun depan

“Nampak gayanya kena peram sampai tahun depan. Lagipun tahun ini banyak lagu raya baru yang tular dan ‘catchy’ hadir memeriahkan musim Ramadan dan raya tahun ini,” katanya.

Ezuwan Ismail berkata, kerana bertekad nak keluar lagu raya solo sebelum ini, dia nekad berjaya menurunkan berat badan.

“Dalam 10 kilogram untuk tempoh sebulan juga saya turunkan berat badan. Saya juga bersenam dengan jurulatih kecergasan selain jaga pemakanan. Berat saya dari 83 kilogram (kg) jadi 73

“Tapi tak ada rezeki keluar lagu raya tahun ini. Barangkali saya boleh makan menikmati pelbagai juadah raya nanti sebab tak perlu risau tampil cantik dan meletup saat keluar lagu baru. Nanti nanti boleh diet balik,” selorohnya. MG


Artikel Berkaitan :

Layari FB MyKMU

 


 

[VIDEO] SUARA ALIFF SYUKRI MACAM KERETA HABIS BREK – KOMEN IBUNYA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker