Pelantikan Isham Jalil baik kepada Umno Selangor – Noh
Pelantikan Isham Jalil baik kepada Umno Selangor – Noh
Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan Umno Selangor, kata pengerusinya Noh Omar.
Katanya, pelantikan Isham dilihat mampu memperkasakan Umno Selangor khususnya, apabila semakin ramai pemimpin muda yang berkaliber kini berada di dalam pucuk pimpinan itu.
“Kita Umno Selangor sangat mengalu-alukan golongan muda untuk menyertai pucuk pimpinan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Isham atas pelantikannya selaku MT Umno baru,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Perasmian Kolaborasi Summerfield dan Didi & Friends, di Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada itu, mengulas mengenai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Seville, Sepanyol, Noh berkata kupasan forum yang disertai, adalah sejajar dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).
Noh yang juga merupakan Menteri Kuskop berkata hasil dapatan perbincangan melibatkan wakil-wakil di peringkat antarabangsa itu, menekankan aspek-aspek peranan koperasi dalam membangunkan sesebuah negara selepas penularan wabak Covid-19.
“Apa yang saya nampak, apa yang dinyatakan (di dalam forum), itulah haluan yang kita telah rancang. Perkongsian berkaitan pelaksanaan strategi oleh wakil-wakil forum ini adalah selari dengan apa yang kita sedang laksana,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran program semalam, Noh berharap agar lebih banyak pemain industri tempatan mengambil pendekatan berbentuk kolaborasi antara produk, bagi memperkasakan produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam majlis sama, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut melakukan lawatan mengejut ke lokasi, untuk beramah mesra bersama para pengunjung sebelum meneruskan lawatan dengan sesi tinjauan harga barangan basah di Quill City Mall, petang semalam. Mk
Pelantikan Isham Jalil baik kepada Umno Selangor – Noh
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.