#Covid-19 : 6 kes baru dilaporkan hari ini

PETALING JAYA: Enam kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada 6 kes baru itu, masing-masing melibatkan 3 kes tempatan dan 3 import.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,397 kes Covid-19 dengan 9,115 daripadanya sembuh.

154 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital di seluruh negara.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, daripada 6 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan semuanya bukan warganegara.

“Tiga kes penularan dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Perincian kes adalah di Sabah 2 kes daripada kluster Benteng LD dan 1 di Pulau Pinang kes ‘Severe Acute Respiratory Infection (SARI)’ yang dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Perkembangan kluster Benteng LD

Dua kes positif yang dilaporkan hari ini daripada kluster Benteng LD merupakan kontak rapat dengan kes positif sebelum ini.

“Kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September 2020. Beliau dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapat rawatan lanjut.

“Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395. Kes dikesan positif pada 5 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang disaring dalam kluster ini. Dua kes baru dilaporkan dalam kluster Benteng LD hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 16 kes,” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker