Pelajar Tingkatan Empat mati disyaki dibunuh kekasih

Pelajar Tingkatan Empat mati disyaki dibunuh kekasih

KLANG: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui mati disyaki dibunuh kekasihnya selepas berselisih faham dalam kejadian di rumah lelaki berkenaan di Kampung Idaman, Pandamaran di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.40 pagi berhubung penemuan seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman rumah itu.

“Pada jam 2 pagi semalam, suspek dipercayai membawa mangsa ke bilik di rumahnya, kemudian berlaku perselisihan faham dan suspek dipercayai menyebabkan kematian mangsa.

“Siasatan juga mendapati, suspek mengangkat mangsa dan membawa keluar dari bilik hingga ke halaman rumah itu.

“Kemudian suspek meminta bantuan daripada ahli keluarganya. Ahli keluarga menelefon pihak polis memaklumkan mengenai kejadian itu dan kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini hari ini.

Hoong Fong berkata, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka serta leher.

“Bedah siasat yang dijalankan pula mendapati, punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup disyaki dengan menggunakan bantal. Ruwaida Md Zain

Beliau berkata, mangsa adalah perempuan berumur 16 tahun yang juga pelajar sekolah di Lembah Klang manakala suspek, 24 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek berkenalan dengan mangsa selama setahun dan hubungan mereka diketahui keluarga malah suspek sudah beberapa kali membawa mangsa ke rumah itu.

“Bagaimanapun, ketika kejadian ibu bapa serta abang suspek sedang tidur dan mereka tidak mendengar bunyi bising, hanya dikejutkan oleh suspek selepas kejadian itu,” katanya.

Katanya, suspek yang tiada rekod lampau kini ditahan reman sehingga 3 Julai depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Bantal itu dijadikan barang bukti kes,” katanya.

Beliau berkata, mangsa adalah perempuan berumur 16 tahun yang juga pelajar sekolah di Lembah Klang manakala suspek, 24 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek berkenalan dengan mangsa selama setahun dan hubungan mereka diketahui keluarga malah suspek sudah beberapa kali membawa mangsa ke rumah itu.

“Bagaimanapun, ketika kejadian ibu bapa serta abang suspek sedang tidur dan mereka tidak mendengar bunyi bising, hanya dikejutkan oleh suspek selepas kejadian itu,” katanya.

Katanya, suspek yang tiada rekod lampau kini ditahan reman sehingga 3 Julai depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. BH

Pelajar Tingkatan Empat mati disyaki dibunuh kekasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker