Jokowi bawa misi gencatan senjata ke Russia, Ukraine

Jokowi bawa misi gencatan senjata ke Russia, Ukraine

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi akan terbang ke Russia untuk bertemu Presiden Vladimir Putin dengan membawa misi gencatan senjata dengan Ukraine, lapor laman berita Detik, semalam.

Menerusi ucapan di laman YouTube rasmi sekretariat presiden, Jokowi memaklumkan beliau akan ke Jerman terlebih dahulu sebelum melawat Ukraine dan Russia.

“Misi utama adalah membuka ruang dialog antara Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi mengadakan gencatan senjata.



“Perang ini perlu dihentikan bagi kebaikan sejagat,” tegas Jokowi.

Semasa lawatannya ke Eropah, Jokowi akan menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman.

“Indonesia dijemput ke sana sebagai rakan kerjasama G7 dan selaku pengerusi Kumpulan 20 atau G20.

“Saya akan menyeru pemimpin Eropah untuk bekerjasama dan menyokong usaha pendamaian antara Rusia dan Ukraine serta mencari penyelesaian segera mengenai krisis makanan global yang semakin kritikal,” ujar Jokowi. K Online



Jokowi bawa misi gencatan senjata ke Russia, Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker