Bank di Thailand terima pokok durian sebagai cagaran



Bank di Thailand terima pokok durian sebagai cagaran

BANGKOK – Penduduk Thailand yang menanam pokok berharga seperti durian dan nangka boleh menjadikannya cagaran untuk memohon pinjaman kewangan di bank tempatan, lapor akhbar The Nation semalam.

Penggunaan pokok berharga sebagai cagaran untuk pinjaman bank telah mencapai banyak kejayaan sehingga Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha menggalakkan penduduk kampung menanam lebih banyak pokok sedemikian.

Pokok lain yang boleh dijadikan cagaran termasuk jati, asam jawa, kayu hitam dan kayu hitam Burma.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, Prayut dimaklumkan mengenai kejayaan inisiatif cagaran tanaman itu melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan yang bertanggungjawab mendidik pemimpin dan masyarakat luar bandar mengenai faedah menanam pokok berharga.




“Skim cagaran pokok berharga semakin mendapat perhatian penduduk tempatan dan mereka semakin berminat untuk memulakan tanaman tersebut.

“Ini adalah salah satu langkah Perdana Menteri untuk meningkatkan kawasan hijau di negara ini dan dalam masa sama, memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan pinjaman kewangan,” kata Ratchada.

Sehingga 20 Mei, sebanyak 146,000 pokok telah didaftarkan sebagai cagaran untuk pinjaman bernilai 137 juta baht (RM17 juta).

Daripada jumlah itu, 318 telah berdaftar dengan Bank Koperasi Pertanian untuk pinjaman bernilai tiga juta baht (RM372,000,000), 23,000 pokok dengan Krung Thai Bank untuk 128 juta baht (RM15.9 juta) dan 120,000 pokok dengan organisasi kewangan kecil untuk enam juta baht (RM745,000). K Online

Bank di Thailand terima pokok durian sebagai cagaran





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup



Leave a Reply

Your email address will not be published.