Ular sawa muncul dalam mangkuk tandas

Ular sawa muncul dalam mangkuk tandas

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa seberat lima kilogram (kg) tiba-tiba muncul di dalam mangkuk tandas di kediaman di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, ular sawa sepanjang 2.1 meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Menurut Dayana Sazali, 28, kejadian itu disedari apabila suaminya, Ahmad Khaidir Ahmad Abdullah, 29, ingin menggunakan tandas di bahagian dapur.

Katanya, suaminya bagaimanapun terkejut apabila terlihat seekor ular sawa sedang berlingkar di dalam mangkuk tandas berkenaan.

“Suami kemudian terus menutup mangkuk tandas menggunakan penutupnya dan menelefon talian kecemasan APM untuk meminta bantuan.

“Sementara menunggu pasukan APM tiba, kami berdua terus memantau pergerakan ular tersebut kerana khuatir ia akan masuk semula ke dalam saluran tandas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.52 petang.

“Sepasukan empat anggota telah ke lokasi dan reptilia itu berjaya ditangkap dalam masa 15 minit. Kita percaya ular sawa tersebut datang dari parit di belakang kediaman tersebut dan telah tersesat masuk ke dalam saliran air,” katanya. K Online

Ular sawa muncul dalam mangkuk tandas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker