Pendedahan Tajuddin bukti Anwar punyai majoriti – Shamsul

Pendedahan bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman membuktikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk dilantik sebagai perdana menteri pada 2020.

Ketua Penerangan PKR, Shamsul Islandar Md Akin, berkata ia juga turut mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018 yang telah dirampas melalui “Langkah Sheraton”.

“Kenyataan beliau hari ini juga menjelaskan bahawa memang benar PH dan Anwar mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.



“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin mendakwa memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Tajuddin berkata dia adalah saksi hidup yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti itu.

“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.



Untuk rekod, krisis politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton pada Feb 2020 menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila beberapa ahli parlimen PKR berpaling tadah dan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin keluar daripada kerajaan.

Kemelut politik itu akhirnya menyaksikan Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Mahathir Mohamad.

Pada 23 Sept tahun yang sama Anwar mengadakan sidang media tergempar dan mendakwa dia mempunyai jumlah sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin.

Anwar diperkenan mengadap Agong pada 13 Okt 2020 dan mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti anggota parlimen.



Namun usaha itu gagal apabila Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Anwar tidak mempersembahkan senarai nama ahli parlimen berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rengas, Nazri Aziz hari ini berkata sokongan melantik Anwar sebagai perdana menteri melalui akuan bersumpah (SD) ditandatangani beberapa pemimpin Umno sebanyak dua kali.

Kali pertama, kata Nazri adalah ketika krisis pentadbiran semasa kepimpinan Mahathir dan kali kedua ketika pentadbiran Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata Tajuddin juga membuktikan pengkhianatan dan agenda peribadi telah pun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.



“Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.

“Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker