Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir
PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan melibatkan satu kes pergaduhan akibat berebut lot parkir kereta di hadapan sebuah kedai di Damansara Utama di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berumur 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Damansara di hadapan sebuah premis di Damansara Utama pada jam 4.30 petang hari yang sama.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 1.10 tengah hari itu apabila pengadu yang juga lelaki berusia 26 tahun dan merupakan ahli perniagaan telah meletakkan kereta jenis Toyota Vios di lot parkir di hadapan kedainya.
“Tiba-tiba, seorang lelaki berusia 50-an telah menjerit memanggil pengadu turun dari kedainya lalu berlaku pertengkaran mulut di antara mereka,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, isteri lelaki berusia 50-an turut campur dalam pergaduhan tersebut dengan membaling telur ke arah pengadu dan rakannya, sebelum anak mereka yang juga suspek datang memarahi sambil memegang tukul besi dan mengugut untuk merosakkan kereta pengadu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mereka berlima sehingga menyebabkan pengadu dan rakannya mengalami cedera ringan di tangan.
“Suspek pada ketika itu turut memegang alat pemadam api dan sebilah pisau pemotong daging,” kata beliau.
Sehubungan itu katanya, polis turut merampas satu tukul besi, sebilah pisau pemotong sayur dan sebuah tong alat pemadam api yang dipercayai digunakan semasa kejadian.
“Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET