Johor mahu pengkhianat Pulau Batu Puteh dihukum!
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang yang tegas dikenakan ke atas pengkhianat yang mengakibatkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, walaupun ada pihak yang beranggapan pulau yang hanya sebesar padang bola itu tidak mempunyai kepentingan dari sudut ekonomi, namun ia cukup bererti dari sudut kedudukan maritim.
Menurutnya, Pulau Batu Puteh terletak begitu dekat dengan Johor iaitu 14.3 kilometer (km) dari Tanjung Penyusup berbanding 46km dari Singapura.
“Kedudukan Batu Puteh juga terletak di laluan utama bagi kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
“Sebelum ini, ia adalah kawasan perikanan penting bagi nelayan kita dan juga tempat mereka berteduh ketika ombak besar melanda.
“Namun, ketika ini Johor menerima laporan bahawa nelayan dihalau keluar dari kawasan berdekatan Batu Puteh oleh pengawal pantai Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Kota Iskandar di sini pada Ahad.
Jelasnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah terkhilaf apabila menarik balik rayuan tuntutan ke atas Batu Puteh sehingga meninggalkan kesan hitam dalam sejarah negara yang berdaulat.
“Memandangkan Batu Puteh atau Pedra Branca kini memihak pada Singapura, ia akan menimbulkan pertikaian tuntutan bertindih kawasan maritim apatah lagi jarak Batuan Tengah milik Malaysia hanya sekitar 1km dari Batu Puteh.
“Pertikaian itu kini jadi lebih serius apabila laporan menyatakan Singapura sudah mula menjalankan kerja penambakan di Batu Puteh sedangkan perbatasan maritim masih lagi dalam rundingan dan belum dimuktamadkan,” katanya.
Onn Hafiz berkata, sebagai sebuah negara yang berdaulat sepatutnya pemimpin tidak mengambil ringan atau alpa dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Walaupun sekecil atau sekelumit manapun saiz kawasan yang menjadi rebutan, setiap inci perlu kita jaga dan pertahankan.
“Semoga tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianatan ini,” katanya.
Menurut beliau, soal kedaulatan dan maruah negara malah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah menyebut secara jelas bahawa Batu Puteh pernah menjadi milik Johor berdaulat.
“Persoalannya siapa yang menasihati kerajaan membuat keputusan yang melulu sedangkan Peguam Negara dicutikan ketika itu.
“Rakyat Malaysia terutamanya bangsa Johor amat mengambil berat dan pandang serius terhadap perkara itu.
“Mana mungkin maruah dan kedaulatan negara ini digadaikan begitu sahaja,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET