Jenazah tiga beranak lemas akan dikebumi di Alor Setar
KULIM – Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang Sabtu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Zaiton, Kampung Lengkuas, Alor Setar pada petang Ahad.
Adik mangsa, Mohamad Asyraf Ibrahim, 34, berkata, ketika ini mayat kakaknya, Masyitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, masih berada di Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.
Katanya, mereka sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan Covid-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.
“Insya-ALLAH mungkin semua urusan di hospital akan selesai petang ini dan kita akan membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan di Alor Setar,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mohamad Asyraf berkata, kakaknya Masyitoh merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga.
“Kami sembilan beradik memang sangat rapat, kakak pula seorang yang mengambil berat perihal adik-beradik yang lain.
“Saya agak terkejut terima berita sedih ini daripada salah seorang abang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dari Ipoh,” katanya.
Menurutnya, dia tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 malam dan turut menanti sehingga operasi menyelamat selesai kira-kira jam 3.30 pagi.
“Semasa saya tengok kereta kakak ditarik keluar daripada sungai, saya cuma berharap kesemua mereka ada bersama dalam kereta dan tidak ada yang hanyut,” katanya yang kali terakhir bertemu dengan Allahyarham pada sambutan Aidilfitri lalu.
Katanya, ketika kejadian dua anak saudaranya itu mengikut ibu mereka bergotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, manakala abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut bersama.
“Kakak sebelum ini tinggal di Pekan Kuala Ketil dan baru sahaja berpindah ke Amanjaya di Sungai Petani. Walau apapun kami reda dengan kejadian ini dan berharap semua urusan berjalan lancar,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 6.42 petang Sabtu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dikatakan terbabas ketika melalui Jambatan Datuk Syed Omar yang merupakan sempadan daerah Kuala Muda dan Baling.
Kenderaan mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi dan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan berpelukan di bahagian belakang kereta.
Kenderaan mangsa ditarik naik kira-kira jam 3.30 pagi.
Ibu, 2 Anak Usia 5 Dan 7 Tahun Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Ke Sungai
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET