Ismail bincang cara tangani orang muda ramai bankrap
Ismail bincang cara tangani orang muda ramai bankrap
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, untuk berbincang dan menangani kebankrapan dalam kalangan orang muda.
Beliau turut menyatakan kebimbangannya apabila melihat kepada jumlah individu bankrap ketika ini, terutama melibatkan golongan muda.
“Kerajaan pernah menaikkan ‘threshold’ (nilai ambang) sewaktu pandemik dulu untuk menangguhkan undang-undang yang melibatkan kebankrapan dan threshold telah dikaji semula.
“Saya akan berbincang dengan menteri undang-undang (Wan Junaidi) untuk melihat akta undang-undang tersebut,” katanya ketika berucap dalam majlis penutup Program BN Youth Fair, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dalam pada itu, Ismail berkata beliau juga akan berjumpa dengan Gabenor Bank Negara (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus untuk melihat dari tindakan segi undang-undang jika boleh ditangguhkan lagi atau tidak.
“Percayalah agenda anak-anak muda menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.
Pada 23 Mei lalu, media melaporkan, kegagalan melunaskan hutang pinjaman yang tinggi akibat tidak mempunyai baki simpanan mencukupi mengakibatkan seramai 287,411 individu di negara ini diisytiharkan bankrap setakat bulan Mac tahun ini.
Lebih membimbangkan apabila mereka yang disenaraikan sebagai muflis terdiri daripada individu muda yang masih bekerja.
Pegawai Insolvensi Utama Bahagian Kebankrapan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Zarina Alias berkata, berdasarkan statistik MdI, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu seramai 71,659 individu diikuti Kuala Lumpur dengan 45,630 individu. FMT
Ismail bincang cara tangani orang muda ramai bankrap
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo
You must be logged in to post a comment.