Pelantikan Isham, nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor

KUALA LUMPUR – Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor, kata Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar.

Menurutnya, pelantikan Isham dilihat mampu memperkasakan UMNO Selangor khususnya, apabila semakin ramai pemimpin muda yang berkaliber kini berada di dalam pucuk pimpinan itu.

“Kita UMNO Selangor sangat mengalu-alukan golongan muda untuk menyertai pucuk pimpinan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Isham atas pelantikan beliau selaku MT UMNO baharu,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Perasmian Kolaborasi Summerfield dan Didi & Friends di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Seville, Sepanyol, beliau berkata, kupasan forum yang disertai adalah sejajar dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Noh yang juga merupakan Menteri KUSKOP berkata, hasil dapatan perbincangan melibatkan wakil-wakil di peringkat antarabangsa itu, menekankan aspek-aspek peranan koperasi dalam membangunkan sesebuah negara selepas penularan wabak Covid-19.

“Apa yang saya nampak, apa yang dinyatakan (di dalam forum), itulah haluan yang kita telah rancang. Perkongsian berkaitan pelaksanaan strategi oleh wakil-wakil forum ini adalah selari dengan apa yang kita sedang laksana,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran program pada Ahad, Noh berharap agar lebih banyak pemain industri tempatan mengambil pendekatan berbentuk kolaborasi antara produk bagi memperkasakan produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam majlis sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melakukan lawatan mengejut ke lokasi untuk beramah mesra bersama para pengunjung sebelum meneruskan lawatan dengan sesi tinjauan harga barangan basah di Quill City Mall, petang Ahad. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker