‘Ramai Jangka Jodoh Kami Tak Lama’, Kisah Bekas Anak Murid Kahwini Cikgu Sendiri [VIDEO]

‘Ramai Jangka Jodoh Kami Tak Lama’, Kisah Bekas Anak Murid Kahwini Cikgu Sendiri [VIDEO]

KOTA TINGGI: “Ada yang meramalkan hubungan kami tidak lama. Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran dialami, bahtera rumah tangga kami bina bakal mencapai usia dua tahun pada 28 November ini,” kata guru sekolah, Suhana Mohd Esa, 48.

Suhana berkata, sejak kisah perkahwinan dengan suaminya Muhammad Akmal Yusof, 23, yang juga bekas anak muridnya tular di media sosial, ia menjadi rujukan beberapa pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, walaupun perkara itu sesuatu yang baharu bagi dirinya, dia tidak pernah menolak apabila diminta memberi nasihat dan pandangan berkaitan perkahwinan.

VIDEO DIBAWAH:-

 

“Ia bergantung kepada diri sendiri dan rezeki masing-masing, walaupun saya bukan pakar kaunseling dalam perkara berkenaan namun saya tidak pernah menolak apabila ada pasangan berdepan dengan situasi seperti kami.

“Alhamdulillah… dalam tempoh hampir dua tahun ini, suami bertambah matang dalam pengurusan rumah tangga mahupun mengurus perniagaan kami,” katanya.

Suhana yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar, Kota Tinggi di sini dan memiliki pengalaman selama 18 tahun sebagai warga pendidik berkata, jatuh bangun dia dan pasangan dalam perniagaan turut memperkukuhkan lagi hubungan mereka.

Menurutnya, buat masa ini dia dan suaminya memiliki dua cawangan restoran di Kota Tinggi dan bercadang menambah cawangan di Melaka serta Kuala Lumpur pada masa depan.

Sementara itu, Muhammad Akmal berkata, dia mengakui kisah berkaitan perkahwinannya yang masih tular di media sosial menambah rezeki apabila restorannya lebih dikenali dan dikunjungi ramai.

Anak keempat daripada enam beradik Itu berkata, ia termasuk pelanggan dari Singapura mahupun dari luar negeri.

“Saya sebelum ini segan bagi berdepan dengan individu namun kini bertambah yakin dengan diri sendiri.

“Kami berdua juga sentiasa beringat bahawa tidak akan mencampur-adukkan masalah rumah tangga dalam perniagaan,” katanya.

Pada 19 Ogos 2021 media melaporkan kisah percintaan Akmal dan bekas gurunya, Suhana. Akmal selamat diijabkabulkan pada akhir November 2020 di Pejabat Agama Kota Tinggi.

Suhana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika Akmal di Tingkatan Lima dan ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.

‘Ramai Jangka Jodoh Kami Tak Lama’, Kisah Bekas Anak Murid Kahwini Cikgu Sendiri [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker