Ukraine kini ahli Kesatuan Eropah

BRUSSELS – Parlimen Eropah meluluskan permohonan Ukraine untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam undian yang mendapat sokongan majoriti anggotanya, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Pemimpin negara-negara EU berkumpul di Brussels bagi membincangkan gesaan untuk memberikan status calon rasmi kepada Kiev untuk menyertai blok berkenaan ketika tentera Russia beransur meneruskan kemaraan di wilayah Donbas, timur Ukraine.

Bagaimanapun, sesetengah negara anggota teragak-agak untuk membenarkan Ukraine menyertai EU, manakala proses penyertaan mungkin mengambil masa bertahun-tahun bahkan sehingga beberapa dekad.



Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, beliau telah membuat ‘maraton telefon’ dengan menghubungi 11 pemimpin Eropah untuk meraih sokongan mereka berhubung perkara itu Rabu lalu.

“Kami sedang bersedia untuk keputusan bersejarah Parlimen Eropah. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum mesyuarat dan sesi undian bermula,” kata Zelenskyy dalam ucapan hariannya.

Kelulusan oleh Suruhanjaya Eropah itu menepati jangkaan tetapi kemasukan Ukraine ke dalam EU mungkin mengambil masa sehingga beberapa dekad.

“Di Donbas, timur Ukraine, pengeboman besar-besaran oleh Russia menjadikan kehidupan di sana seperti ‘neraka’,” kata Kiev Rabu lalu sambil menegaskan bahawa askar-askar Ukraine akan bertahan selagi perlu.



Tentera Russia membedil medan pertempuran di rantau Lugansk dan bandar strategiknya, Severodonetsk selama beberapa minggu dan secara perlahan-lahan mara walaupun mendapat tentangan sengit tentera Ukraine.

Tentera Presiden Vladimir Putin mengetatkan kepungan ke atas Severodonetsk dan bandar berdekatan, Lysychansk yang terletak di seberang Sungai Donets, kini menghadapi serangan lebih berat.

Menawan kedua-dua bandar itu akan memberikan kawalan Russia ke atas seluruh rantau Lugansk sekali gus memberi laluan kepada Moscow untuk mara lebih jauh ke Donbas.

“Tentera Russia memusnahkan segala-galanya di Lysychansk. Ia adalah ‘neraka’ selepas empat bulan bedilan di Severodonetsk,” kata Gabenor Lugansk, Sergiy Gaiday dalam satu kenyataan dalam aplikasi mesej Telegram. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker