Kemungkinan dilantik menggantikan Tajuddin, Isham Jalil diundang ke mesyuarat MKT UMNO

PETALING JAYA: Bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, memaklumkan mendapat undangan menghadiri mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

Perkembangan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli MKT Umno.

“Saya sudah dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, bahawa saya dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di WTC (Menara Dato’ Onn) pada malam ini.



“Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini. Saya akan hadir,” kata Isham di Facebook.

Tanpa mengulas lanjut mengenai tujuan beliau diundang ke mesyuarat itu, Isham berkata beliau sedia membantu parti itu.

“Sebagai ahli Umno dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Isham sebelum ini digugurkan daripada jawatan ketua penerangan BN Selangor, dan baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan beliau bakal dilantik sebagai ahli MKT Umno.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker