Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM

Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat semua yang didakwa menerima sogokan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), termasuk beberapa ahli perniagaan dan anak saudara lelaki seorang bekas perdana menteri, kata sumber.

Katanya, SPRM beberapa tahun lalu menyiasat beberapa nama yang terkandung dalam suatu lejar dan dikatakan menerima wang.

Kewujudan lejar itu yang dikatakan disimpan seorang bekas pengurus UKSB disebut dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri, Zahid Hamidi.

Sumber memberitahu tidak semua yang disiasat terbukti melakukan rasuah.

“Dalam beberapa keadaan, tidak ada kes. Misalnya, dalam hal Khairy Jamaluddin, wang itu diserah kepada Umno bahagian dan dia tidak ada kuasa untuk membantu perniagaan UKSB. Oleh itu, wang berkenaan dianggap sebagai sumbangan politik dan itu tidak dilarang undang-undang,” kata sumber.

“Dalam hal Muhyiddin Yassin pula, tidak ada bukti menunjukkan dia terima sebarang duit. Namanya terkandung dalam lejar itu, tapi SPRM tak temui sebarang bukti. Jadi bagaimana nak tuduh dia?”

Menurut sumber itu lagi, penyiasat SPRM mendapati beberapa orang lain, termasuk anak saudara lelaki seorang bekas perdana menteri, didakwa menerima RM1.3 juta daripada UKSB.

“Ada beberapa ahli perniagaan dikatakan menerima wang, tetapi ketika itu kami diarah tumpu pada Zahid,” kata sumber.

“Sekarang ini kami meneruskan siasatan ke atas semua nama yang terkandung dalam lejar itu.”

Perkembangan siasatan SPRM itu dimaklumkan sumber di sebalik perhatian awam terhadap nama-nama ahli politik yang dikatakan terkandung dalam lejar tersebut.

Antara watak yang disebut adalah bekas menteri luar negeri, Anifah Aman; bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican; dan Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Muhyiddin, Khairy, dan Anifah nafi terima wang daripada UKSB. FMT

Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker