Willie Mongin mohon sertai PBB
Willie Mongin mohon sertai PBB
Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin memohon untuk menyertai parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Willie berkata, permohonan itu dibuat beberapa bulan yang lalu tetapi masih belum mendapat sebarang keputusan sama ada permohonan beliau itu diterima atau ditolak.
Katanya, beliau tidak menyertai mana-mana parti tetapi hanya “diparkirkan” dalam parti itu untuk menyokong kerajaan yang sedia ada.
“Saya telah mengemukakan permohonan saya untuk menyertai parti tempatan dan dengan harapan mereka akan menerima permohonan saya.
“Saya diletakkan di dalam untuk menyokong kerajaan yang mana mereka secara teknikal meletakkan saya di bawah Bersatu supaya saya boleh membawa nombor (bilangan kerusi yang mencukupi) bagi menyokong kerajaan hari ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.
Willie berharap PBB akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonannya untuk menyertai parti itu kerana beliau komited untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Puncak Borneo dan rakyat di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya.
Beliau berkata, walaupun belum menyertai mana-mana parti secara rasmi, beliau tetap menyokong kerajaan sedia ada, serta amat berterima kasih kepada kerajaan sekarang, yang banyak memberi bantuan.
“Saya telah mengemukakan permohonan saya dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti berkenaan untuk melihat sejauh mana keikhlasan saya bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan saya.
“Jika mereka fikir saya orang yang betul untuk terus membawa bendera parti dan mewakili rakyat di Puncak Borneo mereka boleh pertimbangkan dan saya amat menghargai jika mereka boleh menerima saya,” katanya.
Willie memenangi kerusi Puncak Borneo pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas tiket PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada PBB, Genot Sinel.
Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR ketika “Langkah Sheraton” pada awal 2020 dan bersama Bersatu sebelum dilantik sebagai timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada tahun sama. FMT
Willie Mongin mohon sertai PBB
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.