Pusat hiburan tawar GRO serendah RM100 diserbu

Pusat hiburan tawar GRO serendah RM100 diserbu

Enam individu ditahan termasuk lima orang wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Kuchai Lama, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan itu membabitkan seorang lelaki dipercayai penjaga premis tersebut dan lima wanita warga Vietnam berusia antara 23 ke 34 tahun.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Seramai 40 orang telah diperiksa ketika serbuan itu iaitu melibatkan 37 orang pelanggan lelaki dan tiga orang pelanggan wanita berusia antara 25 hingga 49 tahun.

“Semakan dilakukan mendapati pusat hiburan terbabit tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. Polis turut merampas peralatan audio serta resit perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Habibi, pusat hiburan itu yang sudah beroperasi selama empat bulan menawarkan khidmat GRO dengan bayaran serendah RM100 kepada pelanggan. K Online

Pusat hiburan tawar GRO serendah RM100 diserbu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker