Pusat karaoke sediakan pelacur, GRO diserbu polis

KUALA LUMPUR – Taktik sebuah pusat karaoke yang menawarkan khidmat pelacuran dan gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk mengumpan lelaki berhidung belang ke pusat berkenaan berjaya dipatahkan polis dalam satu serbuan di Kuchai Lama di sini pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.
“Seramai 40 pelanggan terdiri daripada 37 lelaki dan tiga wanita berumur antara 25 hingga 49 tahun telah diperiksa dalam serbuan berkenaan.
“Selain itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis serta lima wanita warga Vietnam dipercayai gadis pelayan pelanggan(GRO) berumur antara 23 hingga 34 tahun turut diberkas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, pusat karaoke berkenaan turut menyediakan perkhidmatan pelacuran membabitkan GRO berkenaan.
“Siasatan mendapati pusat karaoke ini menyediakan khidmat GRO serendah RM100.
“Selain itu, premis ini didapati telah beroperasi selama empat bulan,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati premis karaoke ini beroperasi tanpa lesen.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) dam Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex