Puteri Sarah Fokus Anak Masuk Hospital Selepas Demam Tidak Pulih, Malas Ambil Pusing Pasal Syamsul

Puteri Sarah Fokus Anak Masuk Hospital Selepas Demam Tidak Pulih, Malas Ambil Pusing Pasal Syamsul

KETIKA bertebaran gosip kononnya aktor Syamsul Yusof dikatakan mahu mengahwini Ira Kazar dalam waktu, lain pula yang berlaku kepada keluarga aktor itu apabila anak-anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana berkata, dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2,mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak dan dimasukkan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Menurut Sarah, dia lebih yakin anak-anaknya mendapat pemantauan hospital kerana adanya kepakaran doktor berbanding jika berada di rumah.

Abang (Syaikhul) mula demam minggu lalu dan saya telah bawa ke hospital, namun disebabkan katil wad penuh, doktor nasihat untuk bawa pulang dan lakukan pemantauan di rumah.

“Sekarang masuk hari kelima dan badannya masih panas. Saya rasa lebih baik dijaga di hospital. Adik (Summayah) juga sudah mula demam. Jadi saya bawa kedua-dua sekali ke hospital

Jaga sendiri di rumah memang puas hati tetapi tidak mendapatkan ubat dan pemantauan betul. Kalau di hospital waktu makan ubat terjaga, tidak perlulah saya risau,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Sarah juga berasa sedikit lega apabila anak-anak berada di hospital kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suri Hati. Namun begitu dia tidak mengambil cuti kerana enggan menyusahkan pihak produksi.

“Apabila anak-anak berada di hospital saya rasa tenang sikit. Layanan yang diberikan juga sangat bagus

“Saya enggan susahkan produksi, jadi memang tidak ambil cuti penggambaran. Di hospital juga ada keluarga lain yang turut bantu menjaga,” ujarnya.

Dalam pada itu Sarah enggan memberi sebarang ulasan mengenai berita yang mengaitkan suaminya.

DARI dua hari lepas kecoh berterbangan khabar angin kononnya pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.

Kontroversi berkenaan tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.

Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kenyataan dari mulut Syamsul sendiri mengenai desas-desus itu.

Malah Syamsul juga dilaporkan tidak menghadiri majlis pratonton filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan”, dua hari lepas.

Ia mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati melihat keadaan Puteri Sarah yang terpaksa bersusah payah menguruskan anak-anak mereka seorang diri.

Rata-rata mendoakan urusannya dipermudahkan serta tabah menghadapi ujian.

“Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, dia masih mampu berikan yang terbaik,” komen seorang pengikutnya.

“Semoga kuat hadapi dugaan ya,” pinta seorang netizen.

Tidak kurang juga yang berang dengan Syamsul dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

“Bapanya patut bawa anaknya ke hospital,” kata seorang lagi warga maya.

“Semoga perampas meninggal dengan cepat,” marah warga net.

Sementara itu, menerusi IG Live Puteri Sarah sebelum ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya bakal berkahwin lagi.

“Saya tak tahu dan saya pun baru tahu… Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain.

“Saya nak fokuskan pada kerja dan shooting saya ketika ini. Apa nak jadi, jadilah… Allah sentiasa ada, korang (peminat) pun ada dengan saya.

Rumah tangga Syamsul dan Sarah bergolak selepas mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan terbaharu pendedahan orang ketiga.

Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan buat dua anak pasangan artis yang comel dan bijak ini. -mSTAR/AA

Puteri Sarah Fokus Anak Masuk Hospital Selepas Demam Tidak Pulih, Malas Ambil Pusing Pasal Syamsul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker