Durian Tuhan Kasi dari Sungai Ara dibida RM1,100



Durian Tuhan Kasi dari Sungai Ara dibida RM1,100

BAYAN BARU – Durian varieti ‘Tuhan Kasi’ mencetuskan fenomena baru apabila ia kini menjadi buruan dalam kalangan penggemar durian di Pulau Pinang.

Mana tidaknya, durian premium hasil pokok lebih 100 tahun yang berasal dari Sungai Ara di sini dijual dengan bidaan RM1,100 pada Pesta Durian Parlimen Bayan Baru hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, ramai penggemar durian tidak tahu Sungai Ara turut merupakan salah satu lokasi yang menghasilkan durian premium.

Jelas beliau, durian varieti ‘Tuhan Kasi’ belum digempar-gemburkan dalam pasaran durian secara meluas susulan ia baru dikenal pasti oleh beberapa pemilik kebun durian di Sungai Ara.




“Hanya ‘hantu durian’ yang tahu mencari jenis varieti ini. Warna isinya cantik dan licin seperti kulit bayi tetapi tebal dengan aroma yang kaya.

“Rasanya manis diikuti pahit. Setiap pangsa hanya ada satu atau dua ulas dan ia selalu habis dijual di kawasan pulau sahaja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, durian ‘Tuhan Kasi’ dijual pada harga bidaan RM1,100 untuk disalurkan kepada sebuah rumah kebajikan di kawasan berkenaan.

Selain durian itu, durian jenis Musang King, Hor Lor serta Udang Merah turut dijual dengan harga bidaan RM300 bagi setiap satu biji bagi tujuan sama.

Mengulas lanjut Tze Tzin berkata, harga durian ‘Tuhan Kasi’ tidak mencecah ribuan ringgit namun disebabkan ia dibida untuk rumah kebajikan menjadikan buah tersebut dijual pada harga sedemikian.




Untuk reko, Sungai Ara mempunyai keluasan kebun durian meliputi 404.68 hektar. Durian Lipan, Hor Lor, Naga Hijau dan Susu antara varieti yang boleh didapati di kawasan tersebut. MG

Durian Tuhan Kasi dari Sungai Ara dibida RM1,100


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Leave a Reply

Your email address will not be published.