Adi Putra Setuju Bawa Watak Mat Kilau Setelah Dua Kali Tolak Tawaran Dan Pelawaan Syamsul Yusof

Adi Putra Setuju Bawa Watak Mat Kilau Setelah Dua Kali Tolak Tawaran Dan Pelawaan Syamsul Yusof

SELEPAS dua kali menolak menolak tawaran memegang watak utama dalam filem terbaharu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, pelakon Datuk Adi Putra akhirnya akur menerima pelawaaan pengarah Syamsul Yusof.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 41, berkata dia bersetuju menerima tawaran itu selepas melihat kesungguhan Syamsul dan mahu mencabar diri mengangkat nama tokoh terkenal itu.

“Sebenarnya sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini, tetapi saya terima kerana memikiran ini adalah satu cabaran untuk mengangkat nama besar Mat Kilau. Terima kasih kepada Syamsul kerana memberi peluang.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mahukan saya berlakon. Cuma dia pernah katakan saya sesuai untuk watak ini” katanya kepada mStar.

Adi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Mengulas tentang filem tersebut, Adi berkata dia mahukan karya ini dapat memberi pengajaran kepada generasi muda tentang erti perjuangan seorang tokoh besar negara selain nilai persahabatan yang dipaparkan.

“Menerusi filem ini orang ramai lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat menimba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan. Ia bukan sekadar filem untuk hiburan.

“Rasanya generasi sekarang sudah cukup matang dan lebih berintelektual. Mereka akan dapat nilai-nilai baik untuk bangkitkan semangat jitu,” ujarnya

Selain Adi, filem terbitan Studio Kembara ini turut menampilkan Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asari, dan Ali Karimi.

Ia juga dibintangi oleh pelakon veteran hebat seperti Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Thamby, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, A Galak serta pelakon Indonesia Yayan Ruhian.

Filem ini mengangkat kisah perjuangan tokoh Mat Kilau yang menentang penjajah British di Tanah Melayu dengan latar belakang sekitar tahun 1892.

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun ini-mSTAR

Adi Putra Setuju Bawa Watak Mat Kilau Setelah Dua Kali Tolak Tawaran Dan Pelawaan Syamsul Yusof

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker