Dakwaan Muhyiddin terima rasuah, Bersatu Kedah lapor SPRM mahu siasatan telus

PETALING JAYA: Bersatu Kedah akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan rasuah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beberapa ahli politik menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ia susulan saksi pendakwaan ke-17 yang juga bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan memberitahu mahkamah semalam bahawa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu.

Tan dilaporkan berkata, beliau menyimpan lejar bayaran yang dibuat kepada Zahid antara 2014 hingga 2018, yang turut mengandungi nama “menteri, ahli politik dan penjawat awam”, antaranya Muhyiddin, Shafie, bekas menteri luar Anifah Aman dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan menerima sogokan RM1.3 juta daripada UKSB antara Jun hingga Ogos 2018 dan bersedia disiasat SPRM.

Ini kerana, katanya, pada tarikh tertentu dinyatakan saksi berkenaan, beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan kemudian bercuti beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Ketua Penerangan Bersatu Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, laporan itu bagi memastikan siasatan telus dan adil dapat disegerakan.

Dalam jemputan yang diterima media, Khairul difahamkan akan membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Kedah esok.

Beliau juga berharap ahli politik yang disebut saksi pendakwaan itu, iaitu Khairy Jamaluddin, Reezal Merican, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Anifah mengikut jejak Muhyiddin dengan tampil membuat penafian.

Katanya, Bersatu adalah satu-satunya parti yang meletakkan perjuangan menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam perlembagaan parti.

“Hal ini menunjukkan kita tegas dan serius dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker