Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan kelibat entiti aneh di luar pagar Zoo Amarillo. – Twitter

AUSTIN, Texas – Pihak pengurusan Zoo Amarillo di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti makhluk ganjil dan menakutkan yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik fasiliti berkenaan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Paparan itu menunjukkan kelibat makhluk berbulu berdiri tegak di dalam kegelapan di luar pagar kawasan  Zoo Amarillo.

Kehadiran makhluk itu mengejutkan pegawai-pegawai  zoo selepas gambarnya dirakam pada pukul 1:25 pagi (waktu tempatan) pada 21 Mei lalu.

“Zoo Amarillo merakam imej pelik di luar pagar pada 21 Mei lalu. Adakah ia seorang manusia bertopi pelik yang berjalan pada waktu malam?



“Atau ia adalah Chupacabra? Adakah anda mempunyai idea apakah sebenarnya entiti ini?” demikian ciapan di akaun Twitter rasmi Zoo Amarillo.

Chupacabra yang popular dalam legenda Amerika Latin adalah makhluk besar yang menyerang haiwan dan minum darahnya.

Nama itu berasal daripada perkataan Sepanyol chupar (menghisap) dan cabra (kambing). – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker