Apa maksud Pemuda DAP bimbang dengan titah Sultan Johor?
Pemuda DAP (Dapsy) Johor menyatakan kebimbangan berhubung Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak memberi perkenan mengenai pindaan enakmen negeri untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya kepada 18 tahun.
Menurut mereka, Perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri.
“Pada dasarnya, Perkara 75 menjadikan undang-undang persekutuan diutamakan apabila undang-undang negeri bertentangan dengannya dan mahkamah boleh membuat keputusan batalkan enakmen negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru, kami berharap agar perkara ini mendapat perhatian kerana ini telah menimbulkan kebimbangan percanggahan antara Fasal 16, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dengan pindaan perlembagaan di peringkat persekutuan,”kata mereka dalam kenyataan.
Menurut Dapsy, sidang dewan negeri Johor pada 6 Jan lalu mencatatkan sejarah apabila mendapat sokongan lebih dua pertiga bagi menurunkan umur calon yang bertanding daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Selepas itu, katanya, pindaan berkaitan Undi 18 di peringkat persekutuan telah diluluskan melebihi dua pertiga dalam Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 dan diwartakan pada 10 September 2019.
“Semua wakil rakyat tanpa mengira ideologi parti politik turut mempersetujui penurunan umur calon pilihan raya telah membuktikan isu calon 18 tahun mempunyai sokongan yang kukuh,” katanya.
Semalam, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda tidak bersetuju dengan enakmen negeri yang akan menurunkan umur minimum untuk bertanding dalam pilihan rayanegeri kepada 18 tahun.
Sultan Ibrahim ketika merasmikan mesyuarat dewan undangan negeri berkata adalah tidak sesuai untuk mempunyai Adun di bawah umur 21 tahun.
“Pada hemat saya, cadangan menurunkan had umur minimum tersebut adalah tidak selari dengan hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin berkualiti tinggi dan cukup ilmu pengetahuannya.
“Namun begitu, saya tetap menyokong pemberian hak mengundi kepada golongan berusia 18 tahun ke atas. Tetapi untuk menjadi Ahli Dewan, saya rasa mereka masih belum sesuai,” titah baginda.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex